Sunday, December 20, 2009

Rehlah Mahabbah Singapore



Dah lama aku xmenaip kat blog ni..pasal raya haji hari 2 pun aku xcite lagi kan.bukan nye malas tapi line internet kt kuis ni kadang2 dpt kdg2 hampeh..lps aku publish crite aku psl sunyi sepi 2, keesokan hari line trus xdpt.Seminggu gak aku macam putus kaki xtau nak buat ape.pasal raya haji 2 nati aku crite smula.Ni aku nak criter pasal aku tour ke singapore hari 2.

18/12/09=1 muharram 1431

Lepas jumaat dlm kul 2.30 aku n bdk PERMAS (Persatuan Mahasiswa Syariah) berkumpul kat bulatan antarabangsa kuis.lepas stengah jam kitorang tggu bas kuis ready,kitorang pn bertolak .tapi ade sorang satu tetinggal,si aminil.die ni memang glamor ngan 'kelambatan' dlm smua hal.tp yg pelik nye die ni geng wataniah.aku rase la kalu malaysia perang, die la orang plg lambat kuar g perang hahahaha..

Pukul 5.30 kami brenti rehat n solat kat R&R(aku xigat katne hehe..).Lepas solat n makan2 ckit kami meneruskan perjalanan ke Larkin,johor. Time atas bas 2 xde aktiviti yang paling sesuai utk di lakukan selain membuat taik mata hehee..sedar2 dah sampai Larkin Terminal dalam kul8.30.kitorang siap2 brg n smayang jama' takdim.

Lepas solat 2 aku n shukri pegi tukar duit..aku tukar duit rm100 tapi dapt 40.50dolar je huhuhu.dalam hati aku ni cakap punye mahal duit singapore ni,duk sbelah m'sia je.tapi nak buat camne,dah lumrah semasa.lepas smua siap2 tkr duit kitorang pn naik bas ke imigresen m'sia.kat situ xde yg pelik tp kat imigresen s'pore kitorang jadi kalut ckit.yela nak masuk s'pore ni xleh bwk rokok n gula2 getah.ade bdk ni lak yg terbwk.tapi rokok kl kte dh bukak n dh guna sebatang dua bleh la nk lepas.kitorang pn btolak dengan bas yang di sediakan oleh ayah bdk kuis yg tggl kat s'pore ni (rafidah)

Smua dah settle kitorang pn berangkat ke masjid Datuk Daeng Ibrahim.masa dlm perjalanan 2 xnampak sgt pemandangan kat lua.almaklum la malam dlm kul11 lbh.sampai masjid Datuk Daeng Ibrahim kami di hidangkan teh o panas+roti.pas2 ape lagi,tido la dlm masjid 2 hehehe.

20/12/09=2muharram 1431

Pagi 2 kitorang bangun kul5.30,lps smayang kami siap2.hari ni kena pakai baju kemeja+tie(tie la plg aku rimas nk pakai).kul7 kami bertolak ke masjid istighfar.kami di sambut oleh ustaz kassim,pengurus masjid kawasan timur yg mempunyai 7 buah masjid.sebelum die mulakan sesi ceramah n pengerangan kami di hidangkan sejenis makann yg xpenah aku jmp.xde la plik sgt,sodap pn sodap hehehe..lepas 2 kami di beri taklimat megenai pengurusan masjis di s'pore.aku cukup kagum ngan pengurusan diorang ni.byk perbezaan ngan pengurusan masjid di m'sia.diorang punye pengurusan masjid lebih sistematik n mesra masyarakat.paling2 aku takjub cara diorang cari dana kewangan utk mengurus masjid.kl korang nak tau kene ty aku sendiri hehehe.

Abis je penerangan kat masjis Istighfar ni kami bertolak lak ke sebuah IPTS kat s'pore ni,Kolej az-zuhri.kat sni lak kami diberi maklumat mengenai kolej yg mempunyai
muqabalah(MOU) ngan kuis.klu korang taya aku kat area mn kolej 2 mmg aku xleh jwb sbb bkn aku yg bwk bas 2 hehee..abis je sembang2 kat az-zuhri kitorang turun ke level bwh bgn 2,ke PERGAS(persatuan Ulama' & guru2 agama singapore).kat sni kitorang sempat berjumpa ngan salah sorang ulama s'pore dan selaku pengerusi PERGAS.kat sni input da la jgk tp lbh kpd PERGAS.lps 2 ape lagi,kami dihidang makanan la ...

kami pn bersiap2 ke Al-Arqam iaitu tempat geng2 muaalaf,klu kat m'sia PERKIM la.kat cni xde aktiviti sbb diorang da buat ceramah.aku pn join tapi hampeh,diorang gne b.i lak huhuhu..penceramah lak omputis,dr. Abdullah Quick.mmg membuat mata aku ni layu la hahaha.bdk2 ni cakap topic die bincang 2 mmg best tapi bagi 2 same je hehee..sepatah dua je aku paham.last2 aku lentok gak atas kerusi dewan 2 hahaha..Sedar2 bdk ni kjt nk smayang hehe.

pas2 kami shopping di pasar yg mn kat c2 la tmpat brg2 orang2 islam byk.smua jenis pakaian untuk org Islam ada jual.mmg murah la tp bile convert ke duit m'sia mmg mahal la.cube korang pikir,aku n shukri minum cendol bodoh pn 1.50dolar.kalu kat m'sia mmg sah cendol cam2 kne maki jual dgn harga rm3.60..nak beli brg lain mmg sah mahal.aku n shukri jalan2 n ronde2 je..

Lepas 2 kami dibawa ke masjid as-asaqof.kat masjid ni ade la kedai2 jual cenderamata.budak2 ni ape lagi..memborong abis2an la. mane tak nye brg bleh lthn la murah dari tempat laen.aku pn xlepas pluang ni hehee.lepas 2 kami pn berangkat ke masjid makam Habib Noh.kat situ kami solat n makan.kat masjid ni ade makam seorang ulama' dulu2,dgr kate keturunan nabi gak tp aku kurang pasti la salasilah die 2.

bile smua dh siap kami pn berangkat balik ma'sia jam 8.30 mlm

Ni masa brenti kat R&R
Posing kat imigresen m'sia
Time lepas subuh di masjid Datuk Daeng Ibrahim. Aku n Shukri
Ni la makanan yg aku ckp(bihun+kuah kacang)
Bersama ngan ustaz Kassim kat depan masjid Istighfar
Time dgr ceramah kat Kolej Az-Zuhri
Aku dan Syafiq Akmal(pengarah program n ketua PERMAS)
Bersama-sama pengerusi PERGAS
Ni kat Al-Arqam
HA time ni la aku tido.masa dr. Abdullah Quick ceramah
Pasar Orang Islam kat s'pore

Makam Habib Noh

Saturday, December 12, 2009

Hikmah menjadi WANITA

Aku tengok sekarang ramai wanita nak jadi lelaki... Kekadang tu cara pemakaian macam lelaki.

Para wanita sekalian... baca ini :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti = membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang = melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh = rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg.
menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita.

Rendah diri.

Ini adalah salah satu sifat dari Akhlak Islamiah yang amat susah dimiliki dan dikuasai oleh seorang muslim lantaran terpaksa berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
Ibarat ingin memiliki sifat rendah diri seperti ingin memiliki jejaka/perawan yang berakhlak mulia tambahan pula yang dicari itu diketahui mempunyai wajah yang segak/cantik. Mahu lepas kah? Tentu peluang mahu memiliki itu terpaksa melalui pelbagai onak dan duri. Siapa yang sanggup menolak bakal suami/isteri yang berakhlak mulia dan tidak kurang dari segi wajah. Tapi, kepahitan bisa ditempuh sepanjang melalui ujian memiliki segala yang diidam-idamkan sebelum menjelmanya kemanisan.Tidak mustahil seseorang itu dapat memiliki yang diidam-idamkan tanpa sebarang masalah. Bersyukurlah beliau. Itu nikmat dari Allah. Manakala yang terpaksa berhempas pulas memiliki yang diidam-idamkannya itu tentu mendapat rahsia/hikmah tersembunyi di sebalik ujian yang dilaluinya.
Bersifat rendah diri mestilah kerana Allah bukan kerana manusia. Bukan merendah diri kerana inginkan pujian. Kalau boleh kita selalu berdoa :"Wahai tuhan.. ampunilah daku,jauhilah aku dari sifat takabbur, riak , buruk sangka , ujub,sombong, buruk sangka, ingin dipuji,ingin disayangi, ingin diambil berat,ingin dicintai,ingin di'itu' ingin di 'ini' dan lain-lain keinginan hati"
Pendakwah selalu diuji dengan sikap u'jub(takjub dengan diri sendiri) dan bangga diri. Namun setelah ditewaskan sikap tersebut , ia datang menjelma semula buat kali berikutnya. Tewas .. datang.. Tewas .. datang. Begitulah hingga kita menemui kematian. Saya cuba nak memberi 3 PETUA agar kita sama-sama dapat menewaskan sifat mazmumah ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja. Semoga ia dapat dikongsi bersama. Sebagai peringatan, ilmu dan pengalaman manusia terbatas dan lemah. Bandingkanlah apa yang kita ada dengan Kekuasan Allah dan ternyata kita adalah makhluknya!

PETUA PERTAMA!
Pabila suara perasaan ini menjelma dalam jiwa, cepat-cepatlah kita berselawat ke atas junjungan besar Baginda s.a.w. Anda semua tahu bukan bahawa selawat ke atas Baginda banyak cara lafaznya tetapi satu tujuan.
Pabila datang bisikan dalam jiwa /hati/diri seperti: "aku ini cantik,aku ini smart,aku ini handsome,aku ini pandai,aku ini baik,aku ni lemah lembut dengan orang tua-tua, pandai jaga hati" dan lain-lain bisikan, maka cepat-cepatlah BERSELAWAT! Jangan menangguh-nangguh ! Insya Allah dalam sekelip mata , bisikan perasaan tadi akan hilang kerna tewas dalam pertarungan dengan kuasa sakti SELAWAT. Tambahan pula selawat ke atas Baginda mempunyai fadhilat tersendiri. *Allah akan berselawat 10 kali ke atas hambanya yang berselawat ke atas Baginda s.a.w. sebanyak 1 kali. Ini baru ganjaran bagi 1 selawat. Bagaimana agaknya kalau anda berselawat dalam bilangan yang banyak? Tentu banyak fadhilat yang diperolehi.
* Erti 'Allah berselawat' di atas adalah Allah memberi rahmat ke atas yang berselawat.


PETUA KEDUA!
Pabila datang suara perasaan dalam jiwa /diri/hati kita maka lawanlah perkara tersebut dengan menyandarkannya kepada pihak lain. Agar apa yang dibanggakan oleh kita itu nampak 'lekeh' atau 'tak setaraf' dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Macam mana perkara itu? Macam ini..
Datang bisikan perasaan :"aku ini hansome/cantik... tentu ramai yang menaruh perasaan terhadap aku". Bila berhadapan dengan perasaan macam itu, cepat-cepatlah lawan! Begini..
Kita lawan dengan suara hati/jiwa :"ada lagi orang yang lebih hansome/cantik dari aku. Siapalah sangat aku ini....". Maksudnya kita cuba alihkan apa yang kita banggakan itu kepada pihak lain yang lebih layak memiliki perkara tersebut. Contoh terdekat macam ini..


Kita kata : > Tapi Sebenarnya.....
kita pandai > orang lain lebih pandai
kita baik > orang lain lebih baik
kita berani > orang lain lebih berani
kita hansome > orang lain lebih handsome
kita cantik > orang lain lebih cantik

Dan kias atau bandingkan perkara-perkara ini dengan lain-lain suara bisikan yang pernah , sedang dan akan menyerang anda kelak! Kedengaran satu kata-kata (saya tidak dapat pastikan samada ianya adalah Hadis Baginda s.a.w. atau kata-kata hikmat ulamak) iaitu:"Jangan selalu melihat kelebihan yang dimiliki oleh mereka di atas kamu tetapi lihatlah apa yang dimiliki oleh mereka yang di bawah kamu. Itulah salah satu tembok untuk menjadikan kamu bersyukur dengan apa yang kamu miliki."


PETUA KETIGA/TERAKHIR!!!
Iaitulah dengan cara kita melawan suara bisikan dalam diri /jiwa kita yang cenderung untuk memuji diri dengan menyandarkan semua sifat-sifat tersebut kembali kepada Allah jua. Ini hak Allah . Itu hak Allah.
Contohnya apabila datang suara bisikan seperti:" Aku ini kuat,aku ini handsome, aku ini cantik , aku ini cerdik, aku ini... tahu itu ini, masyarakat hormat aku, aku orang penting, aku orang penyantun, bersungguh-sungguh dalam sesuatu kerja dan lain-lain suara bisikan" maka cepat-cepatlah kembalikan semua sifat-sifat itu kepada Allah.

Cuba lihat kata-kata ini.. kita kata tetapi yang sebenarnya..
1)Kita kata kita kuat tapi sebenarnya.. Kekuatan itu milik Allah dan Allah lebih perkasa dari makhluk.
2)Kita kata kita handsome/cantik tapi sebenarnya.. Handsome/cantik itu hak Allah dan Allah bersifat dengan cantik mengatasi kecantikan manusia
3)Kita kata kita cerdik/pandai tapi sebenarnya.. Allah lebih mengatasi segala ilmu aku dan ilmu yang aku miliki hanyalah ibarat debu halus yang berada bumi yang luas.
4)Kita kata: Aku ni berakhlak mulia tapi sebenarnya.. Akhlak aku ini adalah pemberian Allah dan Kekasih Allah iaitulah Baginda s.a.w. adalah lebih tinggi akhlaknya dari umatnya. Jauh beza antara aku dan Rasulallah s.a.w.

Insya Allah , dengan melawan kata-kata tersebut tadi kita akan merasa tiada sesuatu pun dalam diri kita ini yang boleh dibanggakan kerna semuanya hak Allah jua. Barulah datang selepas itu sikap merendah diri. Iaitulah merendah diri kepada Allah dan bukannya merendah diri kepada manusia! Sesiapa yang merendah diri kepada Allah dengan sebenar-benar makna merendah diri ,saya percaya dia akan menghormati manusia lain di dunia ini kerna dia tahu bahawa semua manusia adalah sama di hadapan Allah. Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yg kuat TAQWA!

Roh jihad sudah pudar dalam hati umat Islam

MARUAH Islam sekali lagi dicabar dan tercabar. Jati diri ummah kian bergoncang dan hak asasi manusia terus diperkosa.

Di pihak lain, keangkuhan Israel melampaui batasan. Pembunuhan ulama dan pemimpin pergerakan Hamas, Syeikh Ahmed Yassin di Gaza menunjukkan betapa kejamnya Zionis terhadap Islam.

Syeikh Ahmed Yassin, 66, yang lumpuh dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda terbunuh dalam serangan udara pada 22 Mac lalu sebaik saja keluar dari masjid selepas menunaikan solat Subuh.

Lebih malang lagi, serangan udara itu turut mengorbankan tujuh lagi rakyat Palestin tidak berdosa termasuk pengawal peribadi beliau.

Realitinya inilah yang berlaku kini. Selepas keagungan dan institusi khalifah runtuh, maruah Islam terus tidak diendahkan.

Tokoh pejuang umat Islam dihimpit dan mereka dilabelkan sebagai pengganas, pemberontak, penjenayah dan pelbagai lagi gelaran bagi menghalalkan segala penentangan terhadap mereka.

Selain Syeikh Ahmed Yassin, ramai pejuang tulen yang diuji dan sudah diuji dengan pelbagai cabaran termasuk dipenjara, dikenakan hukuman bunuh, dibuang daerah dan dipulaukan masyarakat.

Antaranya Syamil Basayev dan Jeneral al-Khattab di Chechnya; Dr Ayub Thakur (Kashmir); Dr Abas Madani dan (Algeria); Omar Basyir (Sudan); Dr Najmuddin Erbarcan (Turki); dan Mustafa Masyhur (Mesir).

Sebenarnya umat Islam seluruh dunia seharusnya sedar akan perlunya mereka menilai kembali diri dan membuat perancangan berkesan yang boleh digunakan untuk mengembalikan kecemerlangan ummah pada masa depan.

Tindakan membabi-buta tidak akan menyelesaikan masalah umat Islam. Sebagai renungan bersama, ucapan al-Imam Hasan Al-Banna wajar diteliti secara bersama. Beliau pernah berkata: “Kemenangan itu sedang menanti di hadapan kita. Walaupun tekanan semakin dahsyat dan keras menghimpit kita, tetapi ingatlah bahawa sesungguhnya fajar mentari pastikan terbit walaupun kegelapan masih berpanjangan.”

Selain itu, kata-kata seorang pujangga wajar dijadikan motivasi untuk mengorak langkah membina kegemilangan.

Beliau berkata: “Kebangkitan Islam bukan menanti keredaan orang kafir dan munafik, tetapi Islam bangkit di celah kekafiran dan kemunafikan.”

Islam adalah agama berkasih sayang dan sentiasa memperjuangkan keamanan, keadilan dan kesaksamaan sejagat.

Malah perkataan ‘Islam’ itu sendiri membawa makna salam atau ‘selamat’. Umat Islam dididik bersikap dan bertindak secara sederhana, bertolak ansur dan mengamalkan toleransi.

Apabila hak seseorang dicabuli, Islam pasti menentangnya tidak kira sama ada yang tertindas itu seorang muslim atau tidak.

Inilah sebenarnya keindahan Islam dan ajarannya yang melangkaui batasan geografi dan merentasi sempadan politik sempit kerana ajaran dan mesejnya adalah bersifat ‘alamiyyah (global), syumul dan rahmat kepada seluruh manusia.

Bagaimanapun, keadaan dan situasi umat Islam kini berada pada tahap yang menyedihkan. Di seluruh dunia, negara dan umat Islam dijajah, ditindas dan dilabel secara negatif.

Lebih daripada itu, dunia dan sejarah membuktikan bahawa tamadun Islam lama menyaksikan gangsterisme Barat. Malah, Barat sentiasa berusaha merancang, merencana dan melaksanakan agenda jahat bagi memastikan Islam dan umat Islam terus dihina serta dipandang rendah pada setiap ketika.

Sebab itulah, tindakan unilateral, perang berat-sebelah, kekejaman, pembunuhan beramai-ramai atau ‘genocide’, kebuluran, keruntuhan moral dan pendek kata segala masalah yang berlaku hari ini terus bermaharajalela.

Oleh itu, tidak ada kesangsian lagi untuk orang beriman memejamkan mata dan berpeluk tubuh atas apa yang berlaku.

Selain itu, mustahil bagi muslim terus lena dan dibuai mimpi indah di atas tilam yang empuk, bergoyang kaki membuang masa serta hanya memikirkan terhadap kepentingan dan keuntungan peribadi apabila melihat jenayah ganas ini terus memalit luka dan duka kepada kemanusiaan di seluruh dunia.

Sejarah dan pengetahuan masa silam adalah perkara berharga untuk diteliti bagi memperbaiki keadaan sedia ada.

Oleh itu, langkah pertama perlu dilaksanakan dalam menghadapi semua dilema dan permasalahan ini ialah umat Islam perlu bersatu.

Integrasi adalah jawapan paling baik. Segala perbezaan pandangan, fahaman politik dan sebarang prejudis antara wajar diketepikan.

Setiap Muslim perlu menerima kenyataan bahawa solidariti memainkan fungsi sangat besar dalam menganjak situasi semasa ummah.

Asas kukuh persaudaraan mesti berlandaskan akidah bagi memastikan persaudaraan yang terbina adalah Ukhuwwah Islamiyyah.

Justeru, umat Islam perlu bersatu kerana Islam adalah agama perpaduan. Ajaran Islam yang syumul hendaklah dijadikan sebagai model dan kerangka berseri kepada kesatuan ummah.

Selagi masyarakat Islam terus memaut erat fahaman kuno seperti semangat perkauman, taksub dan fanatik, maka percayalah bahawa muslim akan terus hidup dalam pertelingkahan dan perpecahan.

Justeru, tiba masanya semua berbicara mengenai kesatuan yang sebenar. Ia penting ke arah mencapai impian membentuk masyarakat madani yang berteraskan konsep ummatan wahidah – umat yang satu.

Selain itu, semangat dan roh jihad sudah pudar dalam hati umat Islam. Malah umara’ (pemerintah), ulama dan pahlawan agama gagah hanya tinggal kenangan.

Segala-galanya hanya tinggal nama dan kini Islam hilang kekuatannya angkara ketamakan duniawi, kealpaan dan kejahilan umatnya.

Sudah hilang daripada umat ini Salahuddin al-Ayyubi – lelaki waja yang terkenal dengan kegagahan serta warak. Beliau juga panglima perang ketika Peperangan Hittin menentang tentera Salib dan Yahudi.

Begitu juga, sudah hilang daripada umat ini Imaduddin al-Zangki dan anaknya Nuruddin al-Syahid – dua perwira perkasa yang memperjuangkan Islam hingga ke titisan terakhir.

Selain itu, sudah tidak ada daripada umat ini yang mengenali Panglima Saifuddin al-Qutuz – pemuda yang berjasa merebut kembali Baghdad daripada Tentera Tatar Monggol.

Malah, sudah hilang individu yang mahu mencontohi Muhammad Murad – pemuda berhati waja dan bersemangat besi baja.

Pada usia 23 tahun, beliau mampu mengepalai usaha menakluki kota Konstantinopal pada Selasa 20 Jamadil Awal 857 Hijrah bersamaan 29 Mei 1453 dan akhirnya dikenali sebagai Muhammad al-Fatih.

Justeru, marilah bersatu dan menyeru kepada perpaduan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Marilah kita bersatu kerana Allah dan Islam serta ingatlah ukhuwwah berfungsi dalam menghadapi pelbagai cabaran serta dakyah musuh.

Marilah tanamkan keazaman untuk menjadikan diri hidup berjuang dan mempertahankan Islam agar mampu menjadi umat yang mempunyai terbaik.

Masyarakat pula diterangi cahaya dan kalimah Ilahi. Akhirnya, marilah menjadi lelaki dan wanita zaman ini yang bakal mencorak dunia dengan Islam hakiki.
Powered by bomb mp3 search engine
Powered by Bomb Mp3 Music Player