Ini la kali pertama aku berada di bumi KUIS yg begitu sunyi dari suara2..minggu ni midsem break bagi warga KUIS. Bagi yg memang suka blk,time ni la waktu paling gembira.semua bungkus barang balik macam dah xanak kembali ke KUIS ni.
Tapi lain diriku ni..sem ni adalah last sem buat aku menuntut ilmu di KUIS ni..jadi aku ambil keputusan nak menyambut hari raya aidiladha tahun di bersama pelajar2 foreigner di KUIS ni..mungkin susah bagi diriku untuk tidak berhari raya bersama keluarga di kampung. Tapi aku tetap kuatkan semangat walaupun seorang demi seorang member aku mengilit beg pulang ke halaman masing2.
Baru aku terasa bagaimana perasaan pelajar2 foreigner bila melihat budak2 malaysia bleh kampung..berhari raya plak 2.kawan akau dari kemboja,sarosad dan salim seperti sdh kalis dgn keadaan ni.
Hari ni ahad 22/11/09, bangunan BOT ni bagai bangunan yg baru nak di jual,kosong dan sepi dari sebelumnya.tahap ke'boring'an menusuk jiwa aku ni.parking mutor biasanya penuh sesak,skang ni kosong.tandas pn kering semacam je,kalau biasa wajib da harta2 peninggalan yg meloyakan.kat masjid lak ada 1 saff je,2 pun penuh dgn geng2 negro.nasib baik la aku xgelap mcm diorang,kalu x mesti dah tertukar aku ngan diorang hehehe
Kat bilik nasib baik ada rahim yg setia menemani aku meng'online hehehe..time internet kuat n laju ni xde plak benda aku nak buka haihhh..nak kaluar pn kena pakai duit,dah la skrg ni tgh pokai tahap cipan.nasib baik la rahim bwk blk makanan lebih bdk2 training sukan..kl x megi la makanan rugi aku hu3..tunggu ptptn masuk mcm tggu durian luruh..aku pn xtau apekehe dgn ptptn 2.ikutkan hati nak je aku salahkan JPM bahagian biasiswa 2..tapi mn bleh,nanti kata kita ni memandai.
Apa yang aku harapkan,ummi abah n adik beradik aku n si dia tak lupakan aku aku di sini..aku bukan saja2 xnak balik tapi aku dah lame bercadang nak beraya di sini..
Pape pun maaf dariku ni..
Sunyi.....sepi
Manusia zaman kini

Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:
1. Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
2. Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang
3. Memakai subang sebelah seperti anak haram negro
4. Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina
5. Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
6. Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.
7. Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci.
8. Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.
9. Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.
10. Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.
11. Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .
12. Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu .
WAHAI INSAN,
WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.
Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.
Matlamat Hidup
Persoalan ini adalah persoalan yang mesti dijawab oleh semua orang dengan tepat dan berhati-hati. Tepat jawapannya, maka tepatlah matlamat hidup yang dipilih olehnya. Salah jawapannya, salah pulalah matlamat hidup yang dituju oleh seseorang. Melihat kepada kelompok manusia yang berbagai-bagai ragam dan nama, kita akan dapat mengagak secara kasar apakah tujuan dan matlamat hidup mereka. Namun secara umum, melihat kepada sikap mereka, manusia diseluruh pelusuk bumi ini menjadikan hidup mereka untuk:
1. Makan, minum, berumahtangga, beranak pinak dan tua, kemudian mati. Kerana itu persoalan hidup mereka ialah bagaimana mencari duit untuk dapatkan keperluan-keperluan tadi. Halal, haram, wajib atau pun sunat, tidaklagi diperhitungkan. Tuhan tidak penting bagi mereka.
2. Ada yang hidup mengejar pangkat dan kuasa. Orang lain habis dipijak dan dianiaya. Yang penting dirinya berjaya. Soal keperimanusiaan sudah tiada. Yang ada matlamat pangkat dan kuasa. Soal Tuhan belakang kira.
3. Ada sekumpulan manusia yang hidupnya hanya membanggakan diri dan mencari kemuliaan diri. Atas tujuaan ini, mereka mencari ilmu, kekayaan dan mencantikkan diri. Mereka menggunakan segala peluang yang ada hingga timbul hasad dengki, marah, fitnah, tipu, menindas dan lain-lain kejahatan yang sudah tidak terkawal lagi. Hilang lenyap perpaduan, kasih sayang dan bantu membantu di kalangan manusia. Hidup nafsi-nafsi, sentiasa tegang dan hati sakit sekalipun berada di dalam satu parti. Umpama pokok-pokok kayu di hutan yang melepaskan pucuknya tanpa peduli.
Inilah hidup manusia hasil daripada matlamat hidup yang mereka pegangi. Hidup tidak ubah seperti haiwan yang tidak ada tamadun dan peradaban yang tinggi. Gagal menempuh kemuliaan tetapi jatuh hina ke taraf haiwan dan tumbuh-tumbuhan malah lebih hina daripada itu.
Firman Allah:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jhannam) kebanyakan daripada Jin dan Manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan oleh mereka untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al A'raf: 179)
"Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan di sebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan azabNya kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) ." (Ar Rum : 41)
Matlamat belum tentu tercapai tetapi keburukannya telah menjadi penyakit yang berbagai-bagai yang menimpa masyarakat. Melihatkan hal ini sepatutnya manusia mula memikirkan kembali di mana silapnya dan apa jalan keluar daripada kesilapan ini. Untuk itu, manusia perlu jelas matlamat hidupnya iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjalani hidup sebagaimana yang telah Allah perintahkan.
Firman Allah:
"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekaluan Alam." (Al An'am: 162)
"Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu." (Az Dzariyat : 56)
Apabila hidup kita untuk Allah, ertinya apa jua tindakan kita, percakapan kita, fikiran kita dan hati kita, semuanya dalam menegakkan hukum Allah. Segala-galanya diatur dan disusun dengan begitu cantik agar kita tidak jatuh ke taraf yang hina sebagaimana haiwan. Selamatlah hidup kita di dunia dan selamat juga di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.
10 wasiat Hasan al-Banna
1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..
vs BI + MUET…
Ape MUET tu?? Malaysian University English Test. Haih nama pn dh dlm b.inggeris, subjek yg paling aku ‘bengap’ n xsuka hehe.. dari darjah 1 sampai la skrg aku msh still xpndai b.i ni. Aku rasa klu adik aku drjh 6 tu msti dia lbh pndai dr aku hak3.
Aku igt lg masa drjh 3, masa tu madam Yap yg mengajar aku b.i. stiap kali dia msk klas mst drh aku jd gemuruh hehe..ada skali tu dia srh aku baca perkataan yg plg simple,dia sebut “LION” aku sebut LION tapi versi b.melayu hak3..apa lg abis bdk klas gelakkan aku. Tapi aku cool je, yela sbb aku xtau ape yg aku sebut tu. Lps tu aku lbh berhati2 kalu kna baca. Aku main ikut je hehehe..tapi syukur la masa UPSR, aku dpt B, hbt jgk aku ni hak3.
Naik sekolah menengah b.i aku ttp sama. Entah la, bile sebut je kelas b.i trus mata ni layu..nsb baik ms tgktn peralihan smp tgktn2 klas aku tak bercampur ngan perempuan,klu tak msti jth kehenseman aku hahaha. Tambah plak yg ajar aku b.i msa 2 sir ridhwan (kitorang pggl sir john sons),pnye la mgantuk. Tapi dia la cg. aku plg cool time 2.
Masuk jerk tgktn4 aku mula buat hal dgn klas b.i hehe..siap ponteng dlm bilik disiplin lg hak3 (hbt tak aku). Masa 2 cg. Izura yg ajar b.i. Walaupn dia muda n tak kawin lagi tmbh2 lak lawa tp sbb dia mgajar b.i la aku jd xmnt msk klas dia hehe. Yg lawak die siap suh kwn aku cari aku n kwn yg sekepala dgn aku tapi dgn dia2 lekat join aku tido dlm bilik disiplin 2 haha.. Last2 dia sndiri cari kitorang heheh. Haih bila la aku nk nk pandai b.i klu camtu kan? tp masa dah brlalu,aku akan igt smp bila2 kisah 2…lawak sgt2,klu aku dgn member aku 2 sembang2 psl zaman sekolah mst nak pecah perut hak3.
Abis SPM, aku msk KPTM,kena blaja 100% b.i..fuhh mati aku. First klas lecturer mgajar,aku dh boring tahap nk mati,tp lama kelamaan aku dh bleh cakap n tulis b.i, tp member aku selalu kutuk bila aku ckp b.i sbb b.i slang klate hehehe. Ok la dr tak dpt ckp lgsg kan hehehhe.
Lps tu umi pggl blk n suh aku msk KUIS. Sblm dftr kuis aku ‘menganggur’ 4 bulan n aktif dgn SIP briged bakti. B.i ni aku tggl trus. Nk ckp n tls ape time tu, bahasa ibunda la aku guna tiap2 saat hehee..b.i ni hilang trus dri igtn aku huhuhu.
Kat kuis ni plak byk blaja dlm b.arab. Bahasa yg aku ska blajar msa kat sekolah menengah dl. Klas k b.i ttp ada tp tak ada dlm kamus jadual aku hehhee.kalu klas b.i mst aku brt sgt nk msk tp sbb aku ni pelajar baik..hik3..aku msk jgk walau terpaksa.kalu tak mau nye nk kna repeat, tak sanggup aku. B.i ni bwk mslh bg aku di kuis ni,terutama sekali menyebabkan pointer aku jd rendah huhuhu.
Tahun ni aku kena amik exam MUET lak,haih………..b.i lagi. Nape la tak buat dlm b.arab ke b.klate ke. speaking test dah lepas. Aku amik exam muet kat klate di Sultan ismail college. Masa nk exam speaking hari tu aku dh fikir tak nak pegi sbb aku sorang je,xde kwn yg aku knl. Sblm nk exam aku mntk tlg sorang kawan rapat aku buat taks utk speaking nanti huhuhu.. Masa smp sic tu aku n sorang lagi je budak laki melayu,yg lain perempuan n budak cina,mati la aku…tapi Alhamdulillah akhirnya dtg jgk 2 orang bdk laki,sorg dh keje n sorg lg mengganggur tp dua2 bekas pljr politeknik k.b.. yg syok b.i diorang pn 2x5 dgn aku hahaha..diorg la group aku speaking aku n ade sorang lg kakak yg dh brumur 28thn. Dia pnye b.i perggh bleh la thn, ktaorg tukang sengeh je hehehe..plg tak pn celah sikit2.tu pn sbb pengawas tgk lain mcm je hehehe. 7hb November ni aku kna blk klate utk exam reading, listening n writing. Aku hrp bleh buat la walau xatau ape aku prlu buat hehehe..
Emmm 2 la kisah aku dgn b.inggeris ni. Kl sape2 baca n gelak aku xhalal hehehe..korang doa la untuk aku ni bia suka b.i n doakan utk muet aku. Kl ikut hati aku mmg aku rs aku dh xlulus muet ni hahaha..
p/s: baca tapi jgn gelak. senyum pn tak pyh :-)





